Portal digital lengkap untuk pendaftaran dan pengurusan ahli kariah — borang ikut format jabatan agama negeri, kelulusan AJK berperingkat, dan laporan sekali klik.
Hanya RM180 setahun • tanpa yuran tersembunyi • sedia digunakan hari ini
Kebanyakan surau / masjid masih bergantung pada borang kertas yang mudah hilang dan sukar diselak. Kami gantikan semuanya dengan satu ruang selamat.
Direka mesra warga emas — fon besar, warna jelas dan aliran kerja yang mudah diikuti.
Format rasmi jabatan agama setiap negeri — Bahagian A, B dan C lengkap.
Setiap surau / masjid dapat kod QR sendiri — cetak, tampal di papan kenyataan, ahli imbas & terus daftar.
Akses hanya untuk jawatankuasa, lengkap dengan log aktiviti setiap tindakan.
Lihat statistik ahli — golongan, warga emas, taburan kariah — secara visual.
Cari mana-mana ahli ikut nama atau nombor KP dalam beberapa saat.
Senaraikan golongan penerima bantuan untuk urusan baitulmal dan kebajikan.
Isi nama surau / masjid, negeri dan maklumat AJK di ahlikariah.com.
Buat pindahan bank atau imbas QR, hantar resit melalui WhatsApp — kami aktifkan portal anda.
Kongsi pautan borang atau cetak kod QR surau untuk ahli imbas & daftar sendiri.
AJK semak, lulus dan jana laporan terus dari dashboard.
Tiada tier rumit, tiada caj mengikut bilangan ahli. Semua ciri termasuk.
Daftar dalam beberapa minit. Kami hubungi anda untuk sahkan butiran dan aktifkan ruang portal surau / masjid.
Nak lihat dulu sebelum daftar?
Isi borang ringkas ini — kami akan hubungi anda dalam 1–2 hari bekerja.
Dengan menghantar, anda bersetuju dihubungi berkenaan pendaftaran surau / masjid.
Pendaftaran surau / masjid anda telah diterima. Pasukan kami akan menghubungi anda tidak lama lagi, insya-Allah.
Selepas mendaftar, buat pembayaran ke akaun di bawah atau imbas kod QR. Sertakan nama Surau / Masjid sebagai rujukan, kemudian hantar resit kepada kami melalui WhatsApp.
Imbas dengan aplikasi bank atau e-dompet anda
Buat masa ini format Selangor sedia digunakan sepenuhnya. Format jabatan agama negeri lain sedang ditambah secara berperingkat — daftar minat dan pilih negeri anda, kami akan maklumkan sebaik ia tersedia.
Ya. RM180 setahun adalah kadar rata merangkumi pendaftaran ahli tanpa had, dashboard AJK, penjanaan PDF & CSV, kod QR pendaftaran, dan sokongan sepanjang tahun. Tiada caj tambahan mengikut bilangan ahli.
Buat pindahan bank ke akaun kami atau imbas kod QR pembayaran, kemudian hantar resit melalui WhatsApp ke 017-939 9557. Kami akan sahkan dan aktifkan portal surau / masjid anda dalam masa singkat.
Setiap surau / masjid dapat kod QR sendiri yang boleh dicetak dan ditampal di papan kenyataan. Ahli kariah hanya perlu imbas dengan telefon untuk terus ke borang pendaftaran — tanpa perlu menaip pautan.
Sistem direka khusus untuk mereka: fon besar, butang jelas dan aliran mudah. Ahli boleh daftar dengan bantuan AJK, atau semak status sendiri hanya dengan nombor KP.
Setiap surau / masjid mempunyai ruang berasingan — data institusi lain tidak boleh dilihat. Akses hanya untuk AJK yang log masuk melalui portal khusus. Data kekal milik anda sepenuhnya.